Image may be NSFW.
Clik here to view.
Salam dan apa khabar pembaca. Seperti biasa, pada hari minggu, saya akan membaca akhbar-akhbar online sambil minum kopi panas old town. Senyum sendiri saya apabila membaca tentang isu Gelang AC Mizal yang dikatakan ‘scam’, harga kurang dari RM100, tapi dijual pada harga RM1000.
Well, tak salah jika gelang tersebut ada ‘added value’, tapi gelang ni takde ape yg spesel dan fakta kesihatannya diragui tanpa bukti sah. Benda mcm ni jika dikaitkan lagi dengak pelan pemasaran MLM-style, lagilah orang tidak percaya. Tapi malangnya ramai di antara kita percaya dan taksub dengan Gelang AC Mizal ni.
Terpulang kepada anda jika hendak percaya atau tidak. Yang penting anda harus bertangunggjawab dengan keputusan sendiri serta tidak menyusahkan orang lain. Terimasih kepada saudara Aidid kerana membongkar isu ni secara mendalam untuk tatapan dan pengajaran kepada orang ramai.
Kisah ni ada kaitan dengan cara kita mempercayai seseorang untuk dijadikan teman hidup. Jangan kita mudah percaya atau taksub kepada faktor luaran seseorang kerana anda tidak akan tahu NILAI sebenar seseorang itu tanpa mendalami hati budi pekertinya.
Jangan sudah terhantuk baru tergadah, itu sahaja nasihat saya (kalau terjadi juga, jadikannya sebagai lesson learnt).
Sedikit tips dari saya, kalau hendak menilai seseorang tu, tanyakan kepada diri sendiri adakah dia ni ada KREDIBILITI.
Pada posting seterusnya saya akan bedah siasat lagi teknik untuk menilai kredibiliti (4 elemen dikupas satu persatu) seseorang. Kepada yang sudah ‘tertipu’ dengan gimik Gelang AC Mizal, saya harap anda tidak kecewa dan simpan je lah gelang tu sebagai kenangan Image may be NSFW.
Clik here to view.